PENYANYI, HyunA sempat membuatkan peminatnya terkejut apabila menyampaikan hasrat meluahkan pesanan kepada bakal suaminya menerusi program 4minute’s Travel Maker yang ketika itu ditayangkan secara
langsung menerusi stesen QTV.
“Hello bakal suamiku. Tolong jaga diriku dan cintai HyunA sepenuh hati,” ujarnya dengan senyuman penuh makna.
Tidak terhenti setakat itu sahaja, HyunA menambah: “Sayang, saya akan selalu memasak untuk awak, jadi awak perlu menyediakan banyak duit untuk saya memasak setiap hari.
“Kita juga harus memelihara 101 ekor anjing dan mereka akan tinggal di tingkat satu, manakala kita akan tinggal di tingkat dua. Saya dan awak juga akan tidur di bilik yang berlainan,” ungkapnya seraya ketawa.
Namun, HyunA menjelaskan dia hanya bergurau dan masih belum mempunyai calon suami.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan