Selasa, 18 Jun 2013

Disebalik Keceriaan Lelaki Tersembunyi Seribu Kedukaan Yang Tidak Di Ketahui


Tuesday, June 18, 2013



Assalamualaikum

Alhamdulilah  masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, hari ini acik nak kongsikan kepada kamu semua tentang satu pekara nie,mungkin dalam sedar kita ada menyakitkan hati orang lain dan buatkan hati mereka terluka ,walhal kita amat menyayangi dia..Jom lihat perbualan acik dengan helmi ini..

Helmi : Assalamualaikum acik, alhamdulilah ko dah kembali ke dunia blogger, aku tahu ko seorang yang tabah dan kuat... terima kasih nasihat yang ko berikan kat aku..Aku nak bagitahu ko something yang dah lama aku simpan .. sakit rasanya

Acik : walaikumusalam. alhamdulilah ,,Allah masih berikan kesempatan untuk aku teruskan berblog.. sebagai rakan aku hanya mampu nasihat yang termampu saje.. bagitahu apa plak nie ?? ahhh story sikit..

Helmi : ko penah tahukan ,dulu aku pernah berkahwin ?

Acik :ahhh serious ko pernah kawin , aku tak tahu pon..

Helmi : sorry bro, hanya yang tahu beberapa orang saje ,yelah umur aku pon dah tua , cuma dia dah pergi tinggalkan aku buat selamanya ,jauh dari aku, aku tak dapat nak lupakan dia.

Acik : korang bercerai ke ?

Helmi : bukanlah acik, dia dah meninggal dunia, tinggalkan aku jauh pergi menghadap Allah. Tapi aku kesal dengan perbuatan aku dengan dia, aku aku kehilangan orang terpenting dalam hidup aku. Dulu aku kawin dengan dia memang atas sebab suka sama suka, lepas setahun kawin memang semuanya okey, tapi lama ke lamaan aku bosan dengan dia, yelah dia asyik tanya aku sayang dia ke tak ?

Aku bukan jenis romantik nie, dia sayang dan terima aku seadanya, walaupon dia tahu tak layan dia tak baik tapi dia tetap sayang aku, jaga makan minum  aku dengan baik. Aku pernah tanya dia ,menyesalkan kawin dengan aku ? dia jawab dia telah bersedia dan sanggup terima semua nie.. Aku sayang dia tapi aku tak tahu nak zahirkan dengan kata kata. Geli benar kalau nak cakap ayat jiwang nie..

Lepas setahun kami kawin, Wani ,isteri aku sahkan mengandung, tapi aku tak bersedia lagi nak ada anak.. Wani kemain bahagia sekali bila dapat tahu dia mengandung. Aku biarkan saje, pada aku belum sesuai lagi begelar bapa, tak layak lagi jadi aku tak la excited sangat. Aku aku masih lagi laksanakan tanggungjawab aku , tapi wani suka tanya yang aku sayang dia ke tidak ?

Naik jelak aku dengar, aku diamkan diri saje, dan sampai kami bergaduh besar hanya sebab pekara tu, aku bosan kalau nak cakap sayang sayang nie, mungkin aku yang ego...kadang kadang tension bila dengar dia membebel  sebab tak penah nak ucapkan sayang padanya.

Bila wani kandungan usia 4 bulan ,kami check kat doktor bagaimana kandungan anak kami , dan doktor katakan kandungan bayi songsang dan dan ada sedikit pendarahan dekat wani, saat itu aku takut sanggat dan pelbagai cara kami lakukan untuk kesihatan wani, akhirya semua okey dan wani terpakse behenti keja kerana dia asyik tak sehat sebab kandungan pertama ini.

Pada malam tu, aku tak boleh lupakan bila wani terjatuh tangga dan pendarahan teruk , aku bergegas bawak kereta dengan laju dan kami terlibat kemalangan kerana masa tu aku cukup gelabah dan terlanggar tiang di tepi jalan.

Kau tahu acik ,saat itu aku rasa seluruh badan aku behenti seketika dan tapi aku cuba bangun bawa bini aku , darah  banyak sangat mengalir tapi aku gagahkan diri... naseb baik ,ada orang tolong kami..

Masa dalam kereta , wani tanya aku abang sayang wani tak ?? wani dah nak pergi nie,... maafkan wani kalau wani ada silap dan salah dengan abang,

Aku tak terkata... tapi malangkan  aku tak sempat nak cakap yang aku sayang wani , aku sayang sangat dia... dia dah pegi selamanya, anak ku pergi selamanya kerana tak dapat di selamatkan...

Sampai sekarang aku kesal acik, aku tak tahu nak kata apa acik , nasihat aku kepada lelaki di luar sana jangan terlalu ego, ucaplah sayang pada seseorang yang halal untuk korang

Emm pertama kali acik lihat abang helmi menagis dan abang helmi yang aku kenal seorang ceria dan permah..Di sebalik kecerian itu tersembunyi seribu kedukaan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan