Selasa, 11 Jun 2013

Juadah Ini Yang Dimakan S.Shamsuddin Ketika Meninggal


Jun 5, 20131ulasan

                             
Pelakon veteran, S.Shamsudin meninggal dunia ketika sedang menikmati sarapan bersama isterinya Puteh Ismoon di rumah mereka di Bukit Batok, Jurong, Singapura.

Memetik laporan Bernama, Puteh sebelum itu baru sahaja menyuap mee rebus kepada arwah yang duduk di atas katil sebelum arwah memintanya mengambil air di dapur.
   
"Apabila saya kembali semula ke bilik, saya tengok arwah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan saya terus menjerit memanggil anak bongsu saya yang berada di bilik sebelah untuk melihat keadaan ayahnya.


                          
"Ipin (anak bongsu) cuba beberapa kali memberikan bantuan pernafasan tetapi arwah masih tidak sedar sehinggalah apabila dibawa ke hospital doktor mengesahkan arwah telah meninggal dunia," katanya menyifatkan Shamsuddin sebagai suami dan bapa yang baik dan amat penyayang.

Dalam pada itu, doktor mengesahkan S.Shamsuddin meninggal dunia akibat serangan jantung dan meninggal dunia pada jam 10.56 pagi.

Jenazah akan dikebumikan di Pusara Abadi Chua Chu Kang, kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan