Selasa, 18 Jun 2013

Air Asia Dakwa Sudah Tiga Pramugarinya Diserang, Dicabul Di LCCT, Apa Dah Jadi?

Posted by kocingguarkepayang Khamis, 28 Februari 2013 0 comments


Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Tiga pramugari diserang, dua daripada mereka dicabul di tempat letak kereta Terminal Tambang Murah (LCCT) baru-baru ini, mendorong AirAsia untuk segera merayu kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) supaya menaik taraf keselamatan dan pencahayaan di kawasan letak kenderaan.
Insiden terbaru berlaku pada pukul 5.30 pagi, pada Khamis di mana seorang lelaki datang dan memeluk seorang pramugari yang baru masuk ke keretanya untuk pulang ke rumah, kata Pengarah Operasi Penerbangan AirAsia Berhad Kapten Datuk Fareh Ishraf Mazputra pada Jumaat.
Lelaki itu menolaknya masuk ke dalam kereta dan dia turut memasuki kereta tersebut. Dia melarikan diri selepas pramugari mula menjerit dan membunyikan hon. Dia kemudian membuat laporan polis, katanya.
“Kami mahu lampu yang cukup, pagar di sekeliling tempat letak
 kereta, kawalan keselamatan 24 jam dan liputan kamera litar tertutup penuh di semua tempat letak kereta di tempat letak kereta A ke D. Kami mahu ciri keselamatan ditingkatkan di kawasan itu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan