Khamis, 13 Jun 2013

BlackBerry Z10 – Harga di Malaysia


Entri ini adalah info ringkas tentang harga Blackberry Z10 di Malaysia. Selain info tentang spesifikasi Blackberry Z10, ketahui juga petua untuk menjimatkan bateri Blackberry Z10. This is the first time I am writing about gadget on this blog. Amboi tulih orang putih pulak. Haha… Ok ni petanda sifat-sifat rajin dah meresap dalam jiwa aku. Tips untuk Blogger Malas nampaknya mula membuahkan hasil. Ops lari dari topik. Tak habis-habis melalut. Huhu… Sorry.

Harga BlackBerry Z10 di Malaysia.

Kembali kepada topik asal iaitu berkenaan dengan telefon pintar BlackBerry Z10. Syarikat pengeluar Blackberry secara rasminya melancarkan BlackBerry 10 untuk pasaran Malaysia. Ini menunjukkan kesungguhan mereka bersaing dalam pasaran telefon pintar. BlackBerry Z10 telah dijual di Malaysia bermula daripada bulan Mac lalu, dimana untuk pasaran Malaysia ianya dijual dengan harga RM2188.
Blackberry Z10
Perbandingan Harga 10 Senarai Telefon Pintar.
1. Samsung Galaxy S III Mini ~ RM1119.
2. HTC 8X ~ RM1799.
3. Samsung Galaxy S III ~ RM1999.
4. Nokia Lumia 920 ~ RM1999.
5. HTC One X+ ~ RM2099.
6. Blackberry Z10 ~ RM2188.
7. Sony Xperia Z ~ RM2199.
8. Apple iPhone 5 ~ RM2199.
9. Samsung Galaxy Note II ~ RM2299.
10. HTC Butterfly ~ RM2299.

Spesifikasi BlackBerry Z10. 

1. Skrin ~ Paparan bersaiz 4.2 inci berdefinisi penuh (HD). 1280 x 768 (356ppi).
2. Sistem Operasi ~ BlackBerry 10 OS.
3. CPU ~ Cip pemprosesan dwi-teras 1.5Ghz.
4. Memori ~ 2GB RAM.
5. Ruangan Storan ~ 16GB dengan sokongan mikro-SD.
6. Kamera ~ 8MP, 1080p pada bahagian belakang. 2MP, 720p pada bahagian hadapan.
7. Bateri ~ 1800mAH, 9 jam 20 minit. Bateri boleh ditanggalkan.
8. Lain-lain ~ Kebolehan wifi, bluetooth 4.0 dan sokongan NFC. Mempunyai mikro-HDMI dan juga pengecasan melalui mikro-USB.
Pandangan aku tentang BlackBerry Z10.
“Rating untuk  HenPon cik Biri-biri hitam ni aku bagi 4 dari 5 bintang. Blackberry Z10 boleh dikategorikan antara telefon pintar masakini yang bagus, tetapi secara peribadinya pada pandangan aku… BB OS masih lagi berada di belakang iOS dan Android.”

Tips Jimat Bateri BlackBerry Z10.

1. Malapkan kecerahan paparan.
2. Padam aplikasi yang tidak digunakan pada active frame.
3. Tukar tempoh masa refresh pada BeWether Settings mengikut keperluan. Sebaiknya adalah 30 minit.
4. Pendekkan timeout paparan.
5. Matikan sokongan wifi, nfc dan bluetooth.
Maklumat lanjut tentang Gajet BlackBerry Z10.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan